Feel free to contact me:
|HP:+60137101788 whatssap/sms/call
|email: lcshard@yahoo.com|
|FB: Lemari Cantique| Instagram: lemaricantique|


Tuesday, May 3, 2011

GA Ulang Tahun Perkahwinan Ke-30 Kak Aton Munasir

Sebenarnya hari ni saya nak berkongsi penyertaan saya dalam GA yang pertama kali dianjurkan oleh Kak Aton Munasir melalui blognya Singgah Aton sempena menyambut ulangtahun perkahwinan beliau dan suami yang ke-30 tahun.

"Jangan ditebang alur ke mudik
Manis letak bibir jauhari
kalau abang sayangkan adik
bawalah tepak sirih menari"
(pantun di petik dari redmummydotcom)

Dek kerana salam sudah bersahut dan hajat sudah tertunai, kini menjejak ke-3 dekad mahligai indah yang dibina Kak Aton dan suaminya ya...kalau nak tau resepi kebahagiaan beliau, nanti lain kali boleh ler kita interview kak Aton ya. 

GA Ulang Tahun Perkahwinan Ke-30 Kak Aton ni sebenarnya merupakan yang pertama pernah saya sertai. Jadi jom kita meriahkan lagi...maklumat lanjut sila dapatkan di http://atonsulam.blogspot.com 

.....yang ni jawapan saya ya kak aton..:)

1) Mestilah menjadi follower saya : http://atonsulam.blogspot.com/
Done..(cer Kak Aton tengok LC kat list tu)

2) Linkkan blog ini dalam blog anda. 
Done ..(tu molek dia duduk dlm bloglist Golden Fingers)

3) Sudilah buat entry ringkas tentang GA ini diblog anda.
Done (ini pastinya)

4) Sila tinggalkan link anda dalam ruang comment.
Done

5) Tulislah komen anda mengenai blog saya..
Rasa nak jawab soalan ni sambil berpantun la kot..hehe
"Tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah Kak Aton kerana budi pekerti
Indah laman blognya kerana cerita dan bahasanya yang segar dan menarik jiwa..
jadi bila ada kelapangan rasa nak singgah menenangkan minda sambil bersantai membaca cerita-cerita dan pengalaman-pengalaman yang dikongsikan serta tentunya mengintai koleksi-koleksi terbaru PMLnya.."
 baris terakhir pantun tu mmg panjang skit kak aton..layanzzzz...


Salam manis tanpa gula...:)

3 comments:

  1. salam wan.
    trm kasih sudi join GA akk.. terhibur dgn gurindam wan..

    ReplyDelete
  2. assalam kak aton,
    sama-sama..seronok pulak join contest sampai pantun pun iramanya dah lari2..:):)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...