Feel free to contact me:
|HP:+60137101788 whatssap/sms/call
|email: lcshard@yahoo.com|
|FB: Lemari Cantique| Instagram: lemaricantique|


Tuesday, September 6, 2011

teko 5 roses yang menggamit rasa

Apa khabar semua teman-teman, hari raya baru bermula...masih ada beberapa minggu untuk kita meraikannya. Semoga semuanya ceria lah ya ya..:)
Sebenarnya dah agak lama saya tak berkongsi koleksi dalam blog ni..hari ni terasanak menampilkan sebiji teko motif bunga 5 roses yang sangat gebus... yang baru je panas-panas menyeberang Tambak Johor semalam petang...Thanks kak sue..:) Sebenarnya teko ni bukanlah milik saya tapi saya mendapatkannya untuk seorang teman collector juga yang dah lama mengidam nak kan set ni. Harap beliau suka lah ya..

Super terang bunganya kan...

sambil-sambil tu saya nak berkongsi sebiji teko gebu motif bunga yang sama yang saya terima dari seorang teman FB, Kak Leez..bingkisan istimewa yang dibawanya pulang dari Tanah Arab. Teko tu lebih montel dan gebu. Walaupun saya tak ada koleksi lengkapnya tapi teko tu masih bersemayam di Lemari Cantique saya tu. Sambil-sambil tu nak kongsikan juga untuk teman-teman mencuci mata. Raya-raya ni bukan sekadar cuci mata dgn pakain yang cantik bergaya dan menjamu selera dgn juadah2 yang memikat rasa..tapi koleksi-koleksi sederhana saya ni mungkin boleh menggamit perasaan anda juga..:):)


cantik kan..:)

2 comments:

  1. memang cantik lah....apatah lagi kamau buat raya...selamat hari Raya...maaf zahir dan batin

    ReplyDelete
  2. thanks zures, kalau dapat koleksi lengkap mmg cantik ni...:), salam lebaran maaf zahir batin juga..

    ReplyDelete

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...