Feel free to contact me:
|HP:+60137101788 whatssap/sms/call
|email: lcshard@yahoo.com|
|FB: Lemari Cantique| Instagram: lemaricantique|


Showing posts with label Kisah Hunting. Show all posts
Showing posts with label Kisah Hunting. Show all posts

Monday, January 21, 2013

kerusi kedai gunting lama

... Sejak saya bergelumang dgn dunia koleksi barangan lama ni, bila berkesempatan keluar berjalan2 tak kira di cerok mana pun mata ni asyik la melilau mencari benda2 yang rasanya boleh memberi nilai pada mata sendiri atau untuk dikongsikan bersama kawan yang sama hobi.  Kalau ke rumah saudara mara pastinya sudut yang paling digemari adalah dapur dan kabinet hiasan. Kalau di kedai2, kerusi meja jadi bahan santapan mata..sanggup intan bawah pinggan mangkuk tu nak tau koleksi zaman bila yang di gunakan. Semenjak dua menjak ni juga kaki ni juga rajin ke tempat2 yang tua dan kalau boleh lagi lama lagi suka..sebab nak intai apa ada dalam tu.

Dalam catatan hari ni, sy nak kongsikan model kerusi kedai gunting yang saya jumpa di satu kedai gunting lama di Simpang Rengam, owner kedai ni namanya Pakcik Darus (emm kalau tak silap saya) dan usianya mungkin dah sama tua dgn usia kerusi ni tapi masih lagi ceria mengguting rambut di kedai tuanya. Kalau nak tau, kos potong rambut kat sini untuk budak2 cuma RM3..kelakar kan, tak ada mesin2 yang canggih2..cuma guna sikat kecil lama, botol spray air, bedak pupur dan sisir tajam. Sudahla murah, selesai potong rambut pakcik ni pulangkan RM1 pada Adam, untuk beli gula2 katanya. Terharu betul..

ni la dia pemilik kedai ni, Pakcik darus. Haa kisahnya waktu ni, setelah puas dipujuk akhirnya Adam sanggup jadi model hari ni... "nanti Tok potongkan ala askar" ..:). Jangan expect hasil yang sama macam di salon rambut ya, tapi saya sangat kagum sebab kemas hanya dgn menggunakan peralatan basic saja :)
kusyen merah dan penyandar badan tu masih elok lagi  ..tapi warnanya dah  haus. Kaki kerusi dan banyak karat2, tapi yg rustic tu nampak lebih menarik kan :)

saya sangat suka bahagian pemijak kerusi ni...cantik, walaupun dah lama tapi masih tidak berkarat lagi.

Okay, nanti lain kali saya kongsikan tempat2 yang saya jejaki..mungkin tak lah begitu menarik tapi masih ada sesuatu yang boleh dijadikan santapan minta dan jiwa :)
















Wednesday, March 14, 2012

teko pink tanpa penutup (SOLD)





susah rasanya nak jumpa teko pink begini yg sempurna..set ni dah lama rupanya terperuk dalam store tapi tak perasaan, hasil kerja 5S yang tak berkesudahan, terjumpa dia ni dalam kotak lama. Nasib baik ada niat mengemas kalau tak lama lagilah dia terperuk. Comel memang comel, tapi sayangnya penutupnya tak tau menghilang ke mana..dan muncungnya pula ada kesan kasar begigi-gigi. Untuk hiasan masih menarik...:)



big rose yg masih kecil






set big rose yg belum lengkap, seadanya yg marhaen2 saja...sebiji aladdin, teko kotak tanpa penutup, teko bulat siz sederhana, 2 pasang cawan dan extra 2 piring alas. Itu saja yg ada buat masa ni...:):) 


Wednesday, December 14, 2011

teaset five-roses yg sangat jelita (SOLD)

Nak share saja teaset set five-roses yg saya baru dapatkan untuk beberapa teman collector, banyak item dalam set ni dan semuanya cantik-cantik belaka...:). Sebenarnya sendiri pun suka bunga-bunga 5-roses ni, tapi takpalah..belum masanya untuk saya collect set ni, so share saja dgn yg lain yg lebih mengahargainya.


teko siku yg menawan ni mmg dapat pada harga yg tinggi tapi berbaloi la kan sbb bukan senang nak jumpa. Penutupnya yang original tak ada jadi saya matchkan dgn penutup aladdin, boleh jer kan. Yg ini akan bertukar tangan dgn cik debab dari kota singa



mark lama..

set cawan yg cantik walaupun bukan set kesukaan ramai mulut jahat tu...masih berbaloi kan..:)
 
creamerpot ni ada 2 set sebenarnya, tapi kan sharingh is caring so bagi-bagi dgn yg berminat.

piring ni ada 14 pcs, cukuplah utk 2 set kan.

Tuesday, December 6, 2011

Pasar Karat Benut ~ Part 1 (Perabot Lama & Antik)

Benut kelihatannya sama seperti pekan-pekan lain di negeri Johor, simple dgn kehidupan masyarakatnya yang pelbagai. Pekan di kiri kanan jalan utama sibuk dari pagi membawa ke tengah malam. Mungkin ramai yang belum tahu bahawa ada kawasan di pekan itu yang meriah hidupnya menjelang tengah malam hingga ke dinihari. Lokasi di laluan ke pekan Benut, simpang empat arah ke Pontian dan Batu Pahat terletaknya kedai-kedai lama yang diperbuat daripada kayu, di situlah kisah peniaga-peniaga barangan lama memecah kesunyian malam pekan lama itu dgn menawarkan pelbagai koleksi dari pinggan mangkuk lama yang hanya disusun bersepah-sepahan, koleksi perabot-perabot lama dan antik, basikal, set-set audio visual dan lain-lainnya. Tempat itu dikenali sebagai Pasar Karat Benut.

 Malam kelmarin dalam perjalanan pulang ke rumah sempat saya singgah ke sana. Banyak aktiviti tawar menawar dan barangan di jual dari kadar yang sangat murah sehingga harga antik. Meriah. Part 1 seleksi hunting kali ni saya nak  berkongsi mengenai kunjungan saya ke kedai perabot lama di pasar karat tersebut. Harga perabot lama di kedai tersebut ditawarkan bermula dari RM800 dan ke atas dan kondisinya dalam keadaan yang cantik dan baik. Jom layankan.. 

view ke bahagian dalam kedai, tengok tu banyak perabot2 lama kan..

ini perabot yang belum dibaik pulih

marker tree yg sangat2 cunss

cantik ni sudah siap dikilatkan


lemari display koleksi coke

juga ini

lemari rendah ni mmg menawan kalbu

sempat snap staff di kedai ni

haha...mereka ingat saya betuyl2 wartawan..

ada mesin jahit lama ni

saya bukan pencinta rokok langsung tapi emm layan jer lah poster lama ni

coke plate ni besar sgt and ada 2 pcs..

lampu-lampu minyak tanah yang mengimbau cerita2 zaman lama

typewrite lama

meja kopitiam ni emm.. 

lagi lemari dan meja
Ok itu sahaja untuk part one kisah hunting saya kali ni, ada banyak lagi nak dikongsikan..tunggu part 2..:), Kalau berminat nak kedai atau lokasi ini boleh google Benut atau msg saya..:)

Thanks and happy viewing.




Monday, October 31, 2011

...@ Melaka & Jonker Street

..setelah bertahun-tahun tak menjejak kaki di bumi Hang Tuah, minggu lepas saya berkesempatan ke sana atas jemputan teman untuk menyertai IWBC yg diadakan di MITC Melaka. Banyak sungguh perubahan yang berlaku. Lebih 10 tahun lepas saya belajar di negeri ini, tapi kalau nak dibandingkan dalam tempoh tersebut Melaka memang dah melalui satu fasa perubahan yg sangat pesat. Saya berkesempatan mendengar ucapan CM Melaka mengenai pembangunan yang sedang berjalan dan perancangan masa depan negeri kecil ni. Dari sebuah negeri berasaskan economy pembuatan dan pelancongan kini dah beralih kepada pelancongan berasaskan k-economy, technology dan juga kesihatan. Jgn tak sangka menjelang hujung tahun ni airport Melaka akan memulakan penerbangan serantau..Bertuah sungguh rakyat Melaka kan..:) ..Syabas..!

Sebenarnya bukan nak bercerita pasal negeri Melaka macam politician bercerita..cuma nak share sedikit kesempatan saya berjalan-jalan di sekitar bandaraya bersejarah ni. Tak sangka, zaman dulu-dulu di sinilah letaknya sebuah pelabuhan tersohor. Tentunya bagi peminat antik tak sah kalau tak singgah ke Jonker Street kan. ..di Jonker Street..merayau2 sambil mencari khazanah antik untuk menambah koleksi sedia ada...:). Di situlah terletaknya Taman Warisan yang telah diiktiraf dalam peta dunia sebagai antara tapak warisan sejarah..emm cukup membanggakan kan...:)Ini serba sedikit suasana yang sempat saya rakamkan.


welcome to jonker street..:), wo meo bacaa...:)

pintu masuk ke taman warisan dunia jonker walk...





suasana di sepanjang jalan jonker ni...

Gold Moon...antara kedai yg ramai pengunjung hari tu...banyak old coins & antiques, nampak tak peti suara lama tu..
dalam kedai Lagenda Antik ni ada banyak PML..




Lanca..pengangkutan zaman dolu2, penumpang naik kat cariier tu and ada tukang tarik yg bawa lanca ni sambil berjalan..kadang2 berlari2 juga sebb nak cepat sampai..:D

kedai Uncle baik ni banyak set2 peranakan..mmg syok tengok semua koleksi di sini, emmm kalau teringin nak beli kena bawa pocket tebal2 sikit..

bangunan merah di Melaka mmg suatu yang biasa..most of the buildings mmg kaler merah especially di area bandar hilir...

World of Antiques



agaknya Laksamana Cheng Ho kalau boring2 duk dalam sana keluar pekena teh kat sini kot..huhu
 
curi-curi snap gambo kat salah sebuah kedai..nampak pedang pendek tu? huhu

antara set2 peranakan

kipas antique ..anyone?



2 set tiffin biru ni sajalah yang sempat ku sambar..Cantik designnya, dah lama mencari..walaupun dapat pada harga yg agak mahal (mungkin tokay tu ingat saya ni tourist..huhu so kena bantai harga mahal..) tapi puas hati juga sebab ada set ni...Bagi yg berkenan ada saya buka 2 set untuk sale juga..



Set peranakan bertingkat2 ni..emm apa namanya ya? ..mmg antara yg saya berkenan sangat-sangat...emmm tengok designnya yg macam tu mmg jadi tak boleh tido malam...Takpa, saya pasti kembali untuk mendapatkan yg ini...atau kalau ada kawan2 yg nak jual pada kadar harga berbaloi boleh contact saya...:)

Adioss...ini saja sembang santai saya hari ni..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...