Feel free to contact me:
|HP:+60137101788 whatssap/sms/call
|email: lcshard@yahoo.com|
|FB: Lemari Cantique| Instagram: lemaricantique|


Showing posts with label GA/Contest/EG. Show all posts
Showing posts with label GA/Contest/EG. Show all posts

Sunday, April 22, 2012

LELONG! LELONG!!!!

Salam santai di pagi Ahad yang ceria, 
semoga bergembira menghabiskan hujung minggu bersama keluarga dan teman-teman. Seawal pagi lagi sy dah bangun dan bergerak pulang ke rumah kerana banyak kerja-kerja perlu dibereskan sepanjang hari ni. Letih tetapi teruja nak menyelesaikan semua kerja-kerja yang telah tertunda sejak berminggu-minggu sudah. Alhamdulillah submission utk naskah terjemahan telah selesai, lepas tu nak mengemaskini bilik kerja,  packing tempahan pelanggan; maaf sangat ada yg tertunda setelah sekian lama. InsyaAllah sy cuba sedaya upaya akan menyelesaikan penghantaran menjelang pertengahan minggu ini. Janji kepada pelanggan seharusnya diutamakan, tetapi apakan daya..saya manusia biasa dgn tulang empat kerat ini kdang2 tak termampu menyelesaikan semuanya dlm waktu yg dijanjikan.

Ok sebenarnya seperti yg saya khabarkan semalam, sy nak berkongsi tentang PUBLIC AUCTION yg sedang berlangsung di wall FB Lemari Cantique sekarang ini. Sebenarnya proses lelongan dah bermula sejak malam tadi jam 10.00 malam dan berakhir malam ini waktu yang sama. Ni first time saya buat lelongan seperti ini. Harga tinggi bukanlah tujuan sebenar saya mengadakan lelongan ini tapi lebih kepada memberi peluang kepada rakan-rakan yang pernah bertanya dan ingin memiliki set aladdin single big rose ini untuk bersaing secara adil. Mungkin ini bukanlah set yang terlalu precious kerana sudah ramai yang memilikinya, tetapi apa salahnya saya lakukan kelainan. Semoga rakan-rakan dapat bersaing secara sihat melalui proses ini.

Sekadar update, harga pembukaan yg saya letakkan sangat rendah iaitu RM20 tetapi setelah berlangsung hampir 8 jam, nilai sekarang sudah berada di paras RM208. Sekiranya rakan-rakan ingin menyertai atau menyaksikan, bolehkan lawati FB Lemari Cantque. Doa saya semoga proses ini berakhir dgn baik. Amin..:)


Chronology ~
Bidaan terkini 9.56am ~RM222
Bidaan terkini 2.35pm ~RM242

Bidaan terkini 7.34pm ~RM248


22 April 2012, 20:00 pm
...priiiiiiiiiiit..MASA TAMAT
dan pemenangnya telah diperolehi dgn bidaan tertinggi RM520
Saya tak menjangkan nilai sampai ke angka tersebut, tapi apa-apapun semuanya telah berjalan dgn baik dan sempurna. Tahniah kepada pemenangnya, kak HALWA REMLI dari Sabah dan tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi turut serta. Mungkin anda yg lain tak menang tapi semangan kesukanan tu ada..Gud job!! (semangat kesukanan eee). Juga ribuan terima kasih kepada rakan2 lain yg turut memberi sokongan, like posting, komen, memerhati dari jauh..tq tq tq..:)


inilah yang di LELONG!!






Wednesday, June 8, 2011

indahnya bingkisan tanda ingatan

gembira setelah seminggu bercuti dapat pulang ke rumahku syurgaku..walaupun comel dan tidak seindah mana, tetapi masih menjadi tempat persinggahan yang paling digemari untuk merehatkan minda dan menyambung tugasan yang sudah beberapa hari ditinggalkan. Lebih ceria lagi, menyambut kepulangan sebungkusan bingkisan kiriman seorang teman hasil perkongsian EG yang dianjurkan baru-baru ni..jom layankan..

2 pasang cawan hasil pertukaran hadiah- EG yang saya sertai baru-baru ni, tentunya dari partner saya kak Nor Wahid. Cantik kan...yang paling saya suka pada cawan ni kerana kemasan bunganya yang cantik di bahagian luar dan dalam cawan, kelihatan sangat cantik...
sekarang sudah bersemayam di lemari cantique saya, kalau ada sesiapa yang ada tekonya boleh lah dikhabar-khabarkan untuk menambah seri set ni..:)

Tuesday, May 3, 2011

GA Ulang Tahun Perkahwinan Ke-30 Kak Aton Munasir

Sebenarnya hari ni saya nak berkongsi penyertaan saya dalam GA yang pertama kali dianjurkan oleh Kak Aton Munasir melalui blognya Singgah Aton sempena menyambut ulangtahun perkahwinan beliau dan suami yang ke-30 tahun.

"Jangan ditebang alur ke mudik
Manis letak bibir jauhari
kalau abang sayangkan adik
bawalah tepak sirih menari"
(pantun di petik dari redmummydotcom)

Dek kerana salam sudah bersahut dan hajat sudah tertunai, kini menjejak ke-3 dekad mahligai indah yang dibina Kak Aton dan suaminya ya...kalau nak tau resepi kebahagiaan beliau, nanti lain kali boleh ler kita interview kak Aton ya. 

GA Ulang Tahun Perkahwinan Ke-30 Kak Aton ni sebenarnya merupakan yang pertama pernah saya sertai. Jadi jom kita meriahkan lagi...maklumat lanjut sila dapatkan di http://atonsulam.blogspot.com 

.....yang ni jawapan saya ya kak aton..:)

1) Mestilah menjadi follower saya : http://atonsulam.blogspot.com/
Done..(cer Kak Aton tengok LC kat list tu)

2) Linkkan blog ini dalam blog anda. 
Done ..(tu molek dia duduk dlm bloglist Golden Fingers)

3) Sudilah buat entry ringkas tentang GA ini diblog anda.
Done (ini pastinya)

4) Sila tinggalkan link anda dalam ruang comment.
Done

5) Tulislah komen anda mengenai blog saya..
Rasa nak jawab soalan ni sambil berpantun la kot..hehe
"Tingkap papan kayu bersegi
sampan sakat di Pulau Angsa;
Indah Kak Aton kerana budi pekerti
Indah laman blognya kerana cerita dan bahasanya yang segar dan menarik jiwa..
jadi bila ada kelapangan rasa nak singgah menenangkan minda sambil bersantai membaca cerita-cerita dan pengalaman-pengalaman yang dikongsikan serta tentunya mengintai koleksi-koleksi terbaru PMLnya.."
 baris terakhir pantun tu mmg panjang skit kak aton..layanzzzz...


Salam manis tanpa gula...:)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...