Hari ni rasa nak berkongsi mengenai coffee set bermotif fresh fruits - Autumn Glory by Royal Doultan yang asal niatnya di beli untuk kegunaan harian di rumah ni. Jauh datangnya set ni dari teman yang baik hati @ mysweetredroses nun di Edinburgh. Set ni ada 4 set cawan, saucer, pirng kuih, sugarbowl dan creamerpot..hanya sayangnya tanpa teko saja tapi selalunya saya padankan dgn teko putih polos saja. Detailnya yang simple dan menarik pada pandangan mata sendiri itu yang menyebabkan saya suka set ni....tambah lagi designnya sangat practical digunakan..solid, simple and best untuk minum kopi petang-petang sambil layan soap opera & melayari Internet..
Actually set ni dah lama simpan dalam lemari dan hanya sekali sekala digunakan, al-maklum lah kan saya lebih gemar minum dgn mug besar, tapi baru semalam rasa nak snap snap pic and share di facebook..bukan niat nak menggoda tapi rupanya mmg sudah ada yang tergoda dan terpaut hati lantas memujuk agar saya lepaskan set ni padanya. Dah Lemari Cantique kan sgt sinonim dgn menjual barang saja..jadi set sendiri pun bila dirayu selalunya akan dilepas juga akhirnya. Sayang sebenarnya tapi selepas semalaman, akhirnya hati pun cair juga..kerana saya pasti masih boleh dapatkan set yang mungkin sama lain kali...Demi teman nan seorang tu, harap bergembira menerima bingkisan ni nantinya...
** Alhamdulillah..hari ni teman saya tu menarik diri dan tak jadi mengambil set ni...haaa...jadi kembali dia dalam lemari cantique, mungkin kasihan dgn tuannya yang tak berapa rela nak lepaskan...mmeg milik saya kan..:)
Salam manis...
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)