Feel free to contact me:
|HP:+60137101788 whatssap/sms/call
|email: lcshard@yahoo.com|
|FB: Lemari Cantique| Instagram: lemaricantique|


Saturday, November 6, 2010

Salam dari Lemari Cantique

Assalamualaikum, hi, hello & Mushi-mushi pada semua bloggers, family dan rakan-rakan baik di Malaysia, Singapura dan juga Indonesia..

Salam perkenalan dan selamat datang ke laman blog Lemari Cantique (LC) yang masih baru sangat dibina ni. Alhamdulillah, syukran.. setelah beberapa lama memikirkannya, akhirnya hari ni LC decide dan bertekad untuk membina satu blog baru khas buat rakan-rakan yg sudah mulai mengenali LC di Facebook sejak beberapa bulan lepas. Blog LC ini akan menjadi platform untuk rakan-rakan berkongsi informasi, menjamu mata seta mendapatkan bingkisan-bingkisan yang mungkin masih belum mencukupi dalam koleksi teman-teman.

Sebagai pendatang baru dalam dunia koleksi barang-barang lama, tentunya LC masih banyak sangat kekurangan..dan banyak sangat yang perlu dipelajari. Tapi LC percaya bahawa setiap hari adalah pelajaran bagi setiap seorang dari kita, jadi LC berharap perkongsian hobi ini akan menambah ilmu baru kpd LC pada masa hadapan. Mungkin buat masa sekarang, minat LC mengumpul barangan lama ini belum begitu mendalam dan koleksi peribadi pun baru ala-ala sahaja, tapi LC melihat tidak ada salahnya kalau LC hadir dan memberi kemeriahan dalam komuniti collectors ini sebagai pembekal kepada rakan-rakan yang memerlukan selain mencukupkan koleksi peribadi..:)

Kebanyakan barang-barang yang dipaparkan dalam blog LC ini adalah untuk dijual, jadi sekiranya rakan-rakan berminat untuk mendapatkannya boleh hubungi LC di:


|hp: 60196183880| |email: lcshard@yahoo.com|  |FB: Lemari Cantique| |Instagram: lemaricantique|

Buah delima masak serangkai,
Dibawa pulang si dara jelita,
Barang yang buruk jangan diabai,
Pasti masih ada yang suka..


Salam manis,


No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...