Pages

Monday, January 21, 2013

semangkuk cendol melepas dahaga


Mata ni dah berat rasanya, apa tidaknya dah seharian menyiapkan kerja-kerja last minute yg perlu diselesaikan sebelum minggu depan berakhir. Tapi sebelum berlabuh sauh malam ni, sy nak berkongsi lokasi pilihan untuk menikmati juadah cendol yang paling enak di Simpang Rengam. Bagi mereka yang biasa ke Simpang Rengam atau penduduk tetap di sana, mesti familiar dgn Gerai Cendol Sattar kan..cendol warisan keluarga Pakcik Sattar sejak zaman berzaman. 

Teringat waktu dulu-dulu, zaman saya masih sekolah, bila balik dari sekolah agama (khas) saja mesti saya dan kawan-kawan singgah untuk menghilangkan dahaga di gerai cendol ni. Harganya dulu2 semangkuk hanyalah 50sen dan setelah berpuluh tahun berlalu harganya kini hanya RM1.20, murah kan :). Sampai sekarang saya masih sering singgah menikmatinya. Walaupun menu dah bertambah dgn cendol pulut, kacang, jagung dll tetapi rasanya masih tetap sama walaupun telah berdekad saya merasanya :). Paling saya suka adalah perasaan mengenang zaman persekolahan setiap kali singgah di situ. 

Mungkin ada antara kita yang memandang sepeleh dgn berjualan gerai seperti ini, tapi secara jujurnya saya mmg tabik spring dgn keluarga Pakcik Sattar ni. Beliau yang telah menjalankan perniagaan ini sejak turun temurun bermula dgn hanya menggunakan ais ketuk, kemudian bertukar mesin kisar ais menggunakan tangan dgn berbasikal saja dan kini setelah bertahun2 perniagaan ini telah menjadi semakin maju,  dan kini telah ada beberapa cawangan lain.


Sambil nak berkongsi cendol yang enak ni, cuba perhatikan peralatan yang digunakan, mungkin mesin kisar ais tu dah ditukar kepada yang baru, tapi tong-tong cendol, santan dan gula tu masih yang lama...:)

Haaa apa lagi, kalau sesiapa lalu di Simpang Rengam sila2 la singgah merasa cendol Sattar ni. Kalau dah singgah, jangan lupa cari Kedai Makan Sani Soto...juadah mee bandung dan ketupat gorengnya mmg sedap bangat. Dan paling istimewa soto warisannya...mmg sedap..nanti lain kali pula saya kongsikan ya :)

Selamat malam, selamat beradu semuanya :)








No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)