Pages

Thursday, August 30, 2012

Salam Kemerdekaan ke-55 Malaysia!

Sesungguhnya saya amat berbangga menjadi anak jati di bumi Malaysia yang merdeka ini. Semoga Allah swt memberi limpah kurnia dan rahmat yang berpanjangan kepada negara yang tercinta ini, agar sentiasa aman makmur di bawah kepimpinan pemimpin-pemimpin yang adil dan bijaksanaSerta dijauhkan dari sebarang kekacauan dan malapetaka. Juga lindungi tanah bertuah kami ini dari pandangan mata asing yang penuh iri dan hasad yang sering ingin melihat negara kita jatuh dan berpecah belah.

Terima kasih seikhlasnya dari lubuk hati yang paling dalam kepada semua pejuang-pejuang bangsa yang telah berjuang bermati-matian dan berkorban nyawa untuk mendapatkan secebis kemerdekaan yang tidak ternilai harganya ini untuk Ibu Pertiwi. Jasamu pastinya di kenang selagi hayat di kandung badan.


Kepada seluruh rakyat Malaysia, hargailah kemerdekaan ini..jangan biarkan kemakmuran yang kita kecapi hari ini lenyap sekelip mata hanya kerana keangkuhan dan keegoan diri. Tingkatkan jati diri kita, dan bebaskan diri & minda dari  dijajah
..:)

Salam kemerdekaan buat semua..

Merdeka! Merdeka ! Merdeka!
*** Pada tarikh keramat ini juga ~ 31 Ogos 2007 merupakan tarikh saya memerdekakan diri dari bekerja di bawah telunjuk orang lain...saya keluar mencari kebebasan diri sendiri. Kini sudah genap 5 tahun, dan semoga esok dan seterusnya akan menjadi hari-hari yang terus bermakna dalam hidup...:):)

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)