Pages

Sunday, August 19, 2012

salam lebaran minal aidil walfaizin


Assalamualaikum wbt

Ramadhan sudah melabuhkan tirainya semalam...pagi ini syawal datang dgn seribu rahmat, sebagai tanda kejayaan kita menunaikan ibadah puasa selama sebulan. Semoga segala amalan baik yg kita lakukan di sepanjang bulan diterima Allah SWT dan mendapat ganjaran yg baik juga....

Tahun ini persiapan syawal kami sekeluarga serba sederhana, tak berhajat untuk meraikan syawal secara berlebihan kerana ayahanda tercinta baru saja pergi meninggalkan kami buat selamanya 3 hari menjelang ramadhan. namun keluarga besar kami tetap berkumpul mengimarahkan hari besar ini dgn cara tersendiri. Pagi ini selepas solat aidilfitri InsyaAllah kami akan menziarahi pusara ayahanda dan seterusnya mengadakan majlis tahlil sekeluarga.

Sejak awal malam pelbagai juadah sudah mula disediakan. Tahun ni saya mmg tak bersemangat nak turun ke dapur. Mujurla ada adik-aik lelaki dan bakal chef yang bersemangat waja turun menyingsing lengan berperang di dapur..Hasilnya siaplah rendang istimewa sri selayang, ayam masak merah, ayam panggang masak pecal, sambal goreng jawa, tak lupa lemang enak hasil penangan abang ipar, ketupat dan juga juadah sampingan. Kuih muih raya semuanya yang tunjuk-tunjuk belaka kecuali kuih tradisi ibunda dgn kerepek-kerepek pisang, tempeyek dan baulu gulung berinti nenas. haha..Waktu sy sdg menulis entry ni semerbak bau hangit dari dapur..sempat saya berlari ke dapur, rupanya ketupat sudah hampir rentung, tukang masak masing-masing dah surrender tertido..haha..Nasibla, makan ketupat hangitla kita ya..:). 

Apapun dalam menyambut lebaran tanpa org yg disayangi, kami masih meraikannya dgn penuh bermakna :). sy berharap rakan-rakan di luar sana turut meraikan hari mulia ini dgn penuh kegembiraan bersama keluarga tersayang. Walau bagaimanapun mesti utamakan keselematan ya. Berhati-hati semasa memandu bertandang ke rumah keluarga dan sahabat taulan. Haa..part menjamu selerea pun kena ambil berat juga ya..jgn nanti blk raya bertambah berkg-kg berat badan pula..

Menutup bingkisan pagi ini saya dr Lemari Cantique ingin mengucapkam salam lebaran minal aidil walfaizin kepada seluruh rakan-rakan maya, para blogger serta pelanggan-pelanggan LC yg di kasihi sekalian di mana saja anda berada..mohon maaf zahir dan batin sekiranya ada terkasar bahasa tersilap bicara sewaktu berurusniaga secara alam maya ini. Semoga menikmati lebaran ini dgn penuh kegembiraan. Taqabbal Allahu Mingkum Minna Wamingkum Taqabbal Ya Kareem...

Semoga berkesempatan menjalani ramadhan-ramadhan yg seterusnya pada tahun hadapan.

Di kesempatan ini jyga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tak terhingga di atas sokongan anda semua selama ini samada di blogshop atau FB Lemari Cantique. InsyaAllah selepas Aidilfitri LC akan kembali dgn seleksi yang baru..:):)
salam manis...

Wann

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)