salam selasa yg penuh ceria..
Sekarang ni musim panas kot kan..musim panas macam ni selera makan
memang menurun sikit, hati teringin yg ringan-ringan dan menyegarkan air tangan ibu....
Mak macam tau-tau jer kan, dalam kita sibuk menyiapkan kerja sendiri,
sebenarnya sambil meneman mak menguruskan ayah yg baru keluar hospital minggu lepas...mak pun lincah di dapur menyediakan juadah simple selera Jawa yg ringkas tapi menyelerakan, makanan waktu kami kecil2 dulu ~ tempe goreng bersalut tepung berempah di cicah dgn sambal kicap, kerabu pucuk paku perak, dan masak air sayur campur atau orang jawa panggil sayur bening. Memang bertambah nasi la kiranya makan tadi..ada orang tu balik sekolah terus buka tudung saji...penangan air tangan ibu ni ya..:)
|
Makanan yg menyihatkan kerana rebus2 saja dan kurang kalori..hehhe ya ka, tapi tempe mmg elok kan sbb diperbuat dari kacang soya..yg lain tu daun2, elok utk digestion..:) |
|
senang jer nak sediakan kerabu versi mak saya ni...mula2 celur pucuk paku dan kerangkan airnya (perah airnya sampai kering). Bahan2 perasa kerabu tu guna bawang merah, bawang putih, biji cekur yg dirampai dan ditumbuk halus dgn gula garam secukup rasa. Kemudiannya gaulkan dgn kelapa muda yg diparut halus. Bila dah sebati rasanya gaulkan dgn daun pucuk paku tadi...Tadaaa!! jadi lah kerabu jawa ni... |
|
Tempe goreng bersalut tempung berempah...haa mmg faveret food nih. Dulu kalau mak masak ni bawa pegi sekolah, sekejap jer lesap kawan2 makan sampai tuan punya bekas ni tak berkesempatan nak menjamah. Tepung salut tu buat sendiri adunannya..letak bawang merah, bawang putih, ketumbar, intan yg ditumbuk halus. Macam buat adunan pisang goreng tu...dan goreng la kan...
Ni jer yang nak dikongsikan hari ni..nak ajak makan, juadah pun dah habis sbb ini hidangan makan tengah ahri tadi, jadi layankan gambar2 ni saja lah ya..:) Sampai jumpa di coretan lain kali... |
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)