Salam Jumaat malam yg ceria,
Kali ini saya teringin berkongsi sedikit tentang koleksi baru dalam simpanan saya ni teaset Johnson Brothers Friendly Village, sebenarnya bukanlah terlalu baru sangat, dah agak berbulan2 juga sampai tetapi cuma belum pernah buat entry di blog saja.
Set ini merupakan koleksi iconic yg mengetengahkan panorama kedesaan Inggeris, dan telah mula dikeluarkan sejak 1953 (kalau tak silap saya, ini berdasarkan pembacaan online saya saja). Banyak design baru berkisar tentang motif dan pattern pemandangan ini masih terus dikeluarkan sehingga sekarang, dan menjadi antara item koleksi yg paling digemari.
Koleksi seperti ini unik dari segi pembuatannya kerana ia dihasilkan menggunakan cara klasik 'transfer ware' menggunakan peralatan tekat manual dgn tangan, cara asli dan bukan menggunakan mesin electronic seperti yg digunakan oleh kebanyakan pengeluar hari ini. Cara ini lebih berkualiti, berkesan dan dapat melindungi imej yg dihasilkan pada porcelain supaya lebih tahan lama dan lebih hidup..:)

Rasanya ramai collector tegar yang telah memiliki koleksi-koleksi terawal dan jauh lebih berharga. Namun oleh kerana saya baru berjinak-jinak sambil mempelajari dunia porcelain ini, maka hanya sedikit sahaja yang saya mampu simpan buat masa sekarang.
Sebenarnya tak rugi menympan kerana setiap koleksi yang ada dapat diturunkan kepada generasi seterusnya sebagai aprisiasi kepada usaha penghasilan yang baik dan mungkin ia akan menjadi satu tradisi keluarga yang menarik untuk diceritakan dari semasa ke semasa.
Seringkali bila saya bertanya kepada mereka yg menyimpan kolekesi pinggan mangkuk, kebanyakannya akan mengatakan bahawa kenangan zaman kanak-kanaklah antara penyebab mereka mengekalkan set tersebut dalam tradisi simpanan mereka. Bahkan ada yang sehingga sanggup mencari koleksi-koleksi baru untuk menggantikan item-item yang telah pecah atau hilang.

Haaa.. jangan risau, ini hanya satu permulaan, InsyaAllah saya akan teruskan koleksi ini sehingga lengkap semuanya. Siapa tahu, mungkin 50 atau 100 tahun ke hadapan, set saya ini bakal tergolong dalam precious antique collection untuk generasi seterusnya yg mewarisinya..:):)
Okay nampaknya setakat ini saja perkongsian saya hari ni. Semoga informasi yang sedikit ini memberi manfaat kepada rakan-rakan di luar sana.
Sampai jumpa lagi, salam manis tanpa gula :)
*** Nota: maklumat dalam tulisan saya adalah berdasarkan kepada pembacaan online sahaja, jadi sekiranya ada kesalahan fakta sy mohon maaf terlebih dahulu :):)
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)