Pages

Sunday, November 6, 2011

Salam Aidiladha 2011


Assalamualaikum rakan-rakan blogger dan pelanggan-pelanggan setia Lemari Cantique,
Mungkin ramai yang tinggal jauh di perantauan sudah kembali ke kampung halaman masing-masing untuk meraikan kehadiran Aidiladha esok. Atau mungkin ada juga yang tidak berpeluang pulang kerana tuntutan kerja serta mungkin nak berhari raya di kediaman sendiri.

Bagi saya sendiri menjelang petang tadi kami semua adik beradik sudah mulai berkumpul di rumah keluarga. Tahun ini sambutan mungkin lebih sedikit kerana mak turut serta berqorban seekor lembu dan mengadakan sedikit kenduri doa selamat agar ayahanda kami yang sedang sakit segera sembuh dan diberi kesihatan yang baik oleh Yang Esa serta dapat meraikan Aidiladha ini dgn gembira seperti tahun-tahun sebelumnya (Amin). Lembu sihat sudah tertambat di masjid kampung, esok akan diqorbankan sebagai mengimarahkan simboliknya kisah pengorbanan Nabi Ibrahim as dan Nabi Ismail as. Semoga dipermudahkan segala urusan kami dan mendapat keberkatan dariNya. InsyaAllah

Nak bercerita tentang ,alam ni.. di rumah keluarga saya malam ni senyap sunyi sejak jam 1 tadi.. ingatkan tak ada orang nak prepare masak memasak utk hari raya esok, saya pula sibuk dgn kerja-kerja sendiri di luar. Bila dah dinihari baru berkesempatan mengintai di dapur, rupa-rupanya ketupat segera sudah siap di masak..woohoo! Tinggal menunggu esok pagi menjelang utk menyiapkan juadah rendang, pecal, sambal goreng dan lodeh .. juadah kemestian kami. So esok jadilah kita beraya dan berqorban ya...:) Jadi sempena dgn kesempatan yang ada ini, saya Wann@ Lemari Cantique dan keluarga ingin mengucapkan Salam Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger serta pelanggan-pelanggan LC yg beragama Islam dan semoga kehadiran Aidiladha tahun ni memberikan keinsafan kpd kita semua dan ceria-ceria selalu, Mohon maaf zahir dan batin..:)


Salam amnis tanpa gula..:)
~ Wann @ Lemari Cantique


1 comment:

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)