Pages

Sunday, October 2, 2011

..kembali bersiaran..

Salam ahad yang redup dan mendung,
dalam cuaca yang sepoi-sepoi macam ni jiwa pun jadi sepoi-sepoi juga..:). Dah lama rasanya saya tinggalkan blog ni tanpa sebarang nota, bukan sengaja nak mengabaikan wadah kecil tempat bermadah ini tapi kepadatan masa dgn kerja-kerja lain dan juga terpaksa memberi tumpuan penuh kepada parent especially ayahanda yg kurang sihat menyebabkan saya agak hilang.

"kasihnya ibu...membawa ke syurga, dan kasih ayahanda berkorban nyawa..." Pengorbanan mereka membesar dan mendewasakan kita tiada tolok bandingnya, jadi dgn kesempatan yang ada dan selagi hayat di kandung badan, selagi itu bakti terhadap keduanya tetap didahulukan.  (thanks tongkang uday diatas lakaran yang cukup mengesankan..)
kini saya akan kembali beraksi dan insyaAllah saya akan terus berkongsi dan semoga selepas ini dapat menghidangkan bingkisan-bingkisan yang baru dan terbaik semampu saya utk tatapan teman-teman penggemar. Terima kasih kerana setia bersama LC dan jgn lupa tungguu...!!

Salam manis tanpa gula..




No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)