Pages

Thursday, June 2, 2011

Bone China

Pagi yang indah, seronok memulakan hari di awal-awal pagi. Kerana banyak yang boleh diselesaikan dalam sehari yang hanya ada 24 jam saja ni kalau kita berpagi-pagian. Tadi saya membaca kiriman email dari seorang pengunjung blog LC bertanya mengenai status Bone China, adakah ia diperbuat dari tulang khinzir dan aspek halal haramnya. Terimakasih Rozie kerana sudi mengutarakan persoalan tersebut.

Lantas terpanggil saya untuk berkongsi pendapat yang telah dijelaskan dalam sebuah blog Institut Al-Qayyim (saya mengambil ihsan ilmu dan pendapat dari blog Institut Al-Qayyim~ semoga Allah SWT melimpahkan rahmat di atas perkongsian ilmu yang baik dan bermanfaat ini), di dalam link berikut memperkatakan mengenai Bone China, sila click pada link di bawah untuk membaca mengenainya.

Antara yang saya tertarik adalah penerangan beliau mengenai halal haram penggunaan tulang dalam produksi itu ~  "pada kaedah asalnya setiap benda itu adalah suci dan tidak semua yang diharamkan itu semestinya najis." Seperti yang kita maklum, apa-apa sahaja yang melibatkan khinzir adalah haram, hanya dalam konteks pembuatan porcelaine ini yang saya benar-benar tidak dapat pastikan adalah adakah benar ia diperbuat daripada tulang khinzir atau yang lainnya. Wallahua'lam..

Semoga sedikit informasi ini membantu, dan sekiranya ada yang mempunyai info lebih sila sharing juga...

Salam manis tanpa gula...:)





 

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)