haiitt..ini bukan entry nak jual sekolah ya, jgn ada sesiapa msg saya nanti bilang nak beli ini sekolah, sebab sekolah ni belum antik lagi..haha. Sebenarnya hari ni saya nak mengambil kesempatan bersama-sama meraikan Sambutan Hari Guru ke-40. Tanpa jasa guru-guru yang mendidik dan membimbing sewaktu alam persokalahan rendah, menengah, sekolah agama, sekolah tinggi, serta para pendidik yang sudi mencurahkan ilmu pengetahuan sewaktu menuntut di kolej dan university, tak mungkin saya akan menjadi seperti saya hari ini..ampuh, cekal dan bersemangat waja..Fuyyoo! Saya sangat berbangga menjadi anak murid cikgu -cikgu semua dan semoga cikgu-cikgu pun berbangga mendapat anak murid seperti saya.
haa..inilah sekolah rendah saya tempat saya mula mengenal ABC - Sekolah Kebangsaan Sungai Linau, gambar ni mmg sengaja saya ambil awal tahun ni sewaktu menjengah ke sekolah lama. |
Nostalgia sungguh kan...! kenangan belajar di sekolah rendah bagi saya merupakan pengalaman yang paling classic yang ada dalam kotak memori saya yang tak mungkin akan dilupakan sepanjang hayat. Di situlah saya dan rakan-rakan mula menyemai cita-cita untuk menjadi insan yang berguna pada masa depan..dan hari ini walaupun saya tak dapat menjadi spt apa yang saya cita-citakan tetapi saya masih bersyukur kerana masih mampu menjadi seorang manusia yang dapat berbakti kepada keluarga, agama, bangsa dan negara dengan cara yang tersendiri..InsyaAllah..
Selamat Hari Guru, cikgu!!..dan selamat juga buat ibu bapa saya yang merupakan cikgu terawal saya, semua guru-guru serta para pendidik di mana sahaja anda berada dan juga buat semua ahli keluarga, rakan-rakan collectors, para pelanggan serta semua yang berkhidmat dalam bidang pendidikan. Semoga anda berkhidmat dgn berdedikasi dan penuh keikhlasan, serta redhakan masa, tenaga dan ilmu yang dicurahkan..:)
No comments:
Post a Comment
Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)