Pages

Saturday, April 30, 2011

Bila pinggan mangkuk pun berSPA

Ini antara beberapa items yang baru sampai ke rumah LC. Selalunya bila barang sampai LC akak kemas2, cuci dan keringkan sebelum snap snap untuk diupload dalam FB atau blog LC.
 Biasanya bila saya membeli stock lama PML dari kedai-kedai lama, rupa pinggan mangkuk atau cawan2 tu mmg tak lalu nak tengok..kotor dan berkeladak. Ada yg kadang-kadang kotak pembungkus pml tu pun dah melekat sebati pada pml. Sekali imbas mmg nampak susah untuk dibersihkan. Ramai juga yang bertanya pada saya macam mana cara nak bersihkan, jadi hari ini  saya rasa terpanggil nak berkongsi dgn teman-teman collector yg mungkin dah tahu atau pun belum tahu tentang cara-cara nak bersihkan kesan2 kotoran dan daki yg dah sebati pada pinggan mangkuk lama.

Jom cuba cara simple yg biasa digunakan di LC..insyaAllah PML anda akan jadi lebih bersih dan bersinar. Cara ni boleh juga digunakan pada set-set pinggan mangkuk, cawan atau teko-teko yg dah lama digunakan dan ada kesan buruk.

Cara-cara SPA dan terapi PML
 Masukkan air dalam bekas besar (kalau nak cuci sebiji guna la bekas kecil jer)
Masukkan 3-4 penutup cecair CLOROX (ikut besar bekas - bleach jenama lain pun boleh juga)
Masukkan 2-3 sudu besar sabun/detergent
Rendam semalaman (kalau kotoran terlalu teruk rendam lama sikit)
Cuci dgn sponge pencuci yg bersalut net keras (jgn guna berus periuk..kerana ditakuti akan menyebabkan gold rim pada PML pudar)
Gunakan berus pinggan mangkuk utk mencuci bahagian-bahagian tersorok seperti muncung teko.
Lepas dah cuci, bilas dgn air bersih dan keringkan.
Untuk mendapatkan kesan kilat pada pinggan mangkuk supaya cantik didisplaykan, boleh dapatkan liquid penjagaan porcelain/glass di kedai-kedai pinggan mangkuk atau kedai serbaguna.

Diharap tips simple ini dapat membantu rakan-rakan yang belum tahu ya..Bagi yang dah tau kalau ada tips yang lebih baik boleh kongsikan juga..:)


2 comments:

  1. Thanks ya LC kongsi tips.. sy mula2 dulu rendam guna dettol, sbb takut bunga luntur kalau pakai clorox.. rupa2nya tidak.. hehe..

    ReplyDelete
  2. sama2 zefa, harap membantu...saya pun belajar dari otai2 juga. Mula2 dulu saya pakai ajax..mmg bersinar2 cuma ada rasa tak best sikit kat pml, tu yang tukar pada clorox jer..

    ReplyDelete

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)