Feel free to contact me:
|HP:+60137101788 whatssap/sms/call
|email: lcshard@yahoo.com|
|FB: Lemari Cantique| Instagram: lemaricantique|


Thursday, April 26, 2012

rindu kampung dan mee bandung muar..:)

Hidangan ni dihidang dalam mangkuk spode winter's eve dan piring lapiknya spode garden collection, jasmine. saya padankan  pula dgn mug china yg kebiru-biruan juga.  Kepada yg meminati set ini, tentunya boleh mendapatkan complete dinner set ini di ~ http://lemaricantique.blogspot.com/2012/04/spode-winters-eve-blue-collection.html   



Salam khamis yg penuh keberkatan
semoga kita semua dapat menjalani kehidupan dan rutin harian dgn ceria dan baik-baik saja hari ni


Apa nak dikongsi hari ni ya. Sebenarnya otak macam melayang jer. Terasa tak cukup tangan dan kaki 2-3 hari ni, letih dan busy dgn kerja..terkejar ke sana ke mari menyelesaikan tugasan yg perlu disiapkan. Hati pula asyik teringat kampung halaman. Teringat kesihatan bapak yg semakin surut sejak kebelakangan ni. Teringat mak yg sibuk menguruskan seorang diri kalau saya tak ada di kampung. Teringat kucing kenit..teringat tilam bantal dan teringat semuanya laa...

Walaupun jarak  kampung tak jauh dari rumah dan saya selalu berulang alik setiap beberapa hari sekali tetapi masih rasa rindu menggamit. Rindu air tangan mak dan tetiba terasa rindu nak makan mee bandung kacang tanah buatan bapak. Nak kena buat sendiri ke? tu yg lemah sbb bab memasak mmg bukan kepakaran saya..hahaha

Haaa itu sebabnya restoran, cafe dan kedai makan wujud kan.. bersedia menyediakan apa saja yg kita teringin nak merasa. Hasilnya semangkuk mee bandung muar yg sederhana tetapi menyelerakan saya 'tapau'  bawa pulang ke rumah malam tadi dan itulah juadah malam saya. Nak pelawa mmg tak dapat la kan sbb ada semangkuk jer, tapi bg yg teringin nak merasa tak perlulah pergi jauh2 sampai ke muar..banyak packet2 rempah mee bandung yg ready made di pasaran.  Atau bagi yg rajin boleh google resepi online atau dari chef-chef tersohor. Boleh la try ya..:)

~ Salam manis tanpa gula~

No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...