Feel free to contact me:
|HP:+60137101788 whatssap/sms/call
|email: lcshard@yahoo.com|
|FB: Lemari Cantique| Instagram: lemaricantique|


Sunday, April 22, 2012

LELONG! LELONG!!!!

Salam santai di pagi Ahad yang ceria, 
semoga bergembira menghabiskan hujung minggu bersama keluarga dan teman-teman. Seawal pagi lagi sy dah bangun dan bergerak pulang ke rumah kerana banyak kerja-kerja perlu dibereskan sepanjang hari ni. Letih tetapi teruja nak menyelesaikan semua kerja-kerja yang telah tertunda sejak berminggu-minggu sudah. Alhamdulillah submission utk naskah terjemahan telah selesai, lepas tu nak mengemaskini bilik kerja,  packing tempahan pelanggan; maaf sangat ada yg tertunda setelah sekian lama. InsyaAllah sy cuba sedaya upaya akan menyelesaikan penghantaran menjelang pertengahan minggu ini. Janji kepada pelanggan seharusnya diutamakan, tetapi apakan daya..saya manusia biasa dgn tulang empat kerat ini kdang2 tak termampu menyelesaikan semuanya dlm waktu yg dijanjikan.

Ok sebenarnya seperti yg saya khabarkan semalam, sy nak berkongsi tentang PUBLIC AUCTION yg sedang berlangsung di wall FB Lemari Cantique sekarang ini. Sebenarnya proses lelongan dah bermula sejak malam tadi jam 10.00 malam dan berakhir malam ini waktu yang sama. Ni first time saya buat lelongan seperti ini. Harga tinggi bukanlah tujuan sebenar saya mengadakan lelongan ini tapi lebih kepada memberi peluang kepada rakan-rakan yang pernah bertanya dan ingin memiliki set aladdin single big rose ini untuk bersaing secara adil. Mungkin ini bukanlah set yang terlalu precious kerana sudah ramai yang memilikinya, tetapi apa salahnya saya lakukan kelainan. Semoga rakan-rakan dapat bersaing secara sihat melalui proses ini.

Sekadar update, harga pembukaan yg saya letakkan sangat rendah iaitu RM20 tetapi setelah berlangsung hampir 8 jam, nilai sekarang sudah berada di paras RM208. Sekiranya rakan-rakan ingin menyertai atau menyaksikan, bolehkan lawati FB Lemari Cantque. Doa saya semoga proses ini berakhir dgn baik. Amin..:)


Chronology ~
Bidaan terkini 9.56am ~RM222
Bidaan terkini 2.35pm ~RM242

Bidaan terkini 7.34pm ~RM248


22 April 2012, 20:00 pm
...priiiiiiiiiiit..MASA TAMAT
dan pemenangnya telah diperolehi dgn bidaan tertinggi RM520
Saya tak menjangkan nilai sampai ke angka tersebut, tapi apa-apapun semuanya telah berjalan dgn baik dan sempurna. Tahniah kepada pemenangnya, kak HALWA REMLI dari Sabah dan tidak lupa juga ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan yang sudi turut serta. Mungkin anda yg lain tak menang tapi semangan kesukanan tu ada..Gud job!! (semangat kesukanan eee). Juga ribuan terima kasih kepada rakan2 lain yg turut memberi sokongan, like posting, komen, memerhati dari jauh..tq tq tq..:)


inilah yang di LELONG!!






No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...