Feel free to contact me:
|HP:+60137101788 whatssap/sms/call
|email: lcshard@yahoo.com|
|FB: Lemari Cantique| Instagram: lemaricantique|


Friday, May 27, 2011

teaset japan yang berbaloi-baloi

hasil mengemas store last week, saya terjumpa sekotak yg beirisi pml..ada set-set cawan dan teko yg lama dah dapat..sempat snap gambar lepas tu simpan balik dalam store. tetiba rasa seronok pulak nak berstory-mory pasal isi kotak tu. kalau hari tu saya dah berkongsi mengenai sebiji aladdin termurah pernah diperolehi, kali ni saya nak kongsikan mengenai satu teaset jepun dgn 1 teko pumpkin yang sangat-sangat comel dgn 4 set cawan dan 6 keping saucer. Set ni saya beli pada penghujung tahun lepas ~suatu pembelian yang sangat-sangat berbaloi dari sebuah kedai barangan terpakai.

sebenarnya kedai tu menjual jam-jam lama, ada sikit-sikit perabot lama dan juga pakaian-pakaian lama..tapi entah kenapa hari tu tergerak saya nak tanya samada kedai tu ada simpan pinggan mangkuk lama kat kakak owner tu..dgn acuh tak acuh dia pun suruh saya pi belakang kedai dan check 3 kotak yang baru sampai dan belum buka lagi..Haaaaa! apa lagi teruslah ku buka dgn terujanya dan keluarkan satu persatu isi kotak tu.


sabar ya..sat lagi sampai ke bandar dato' onn...
jahatnya mulut cawan...:)
Warna pada teko ada sedikit gelap kalau dibandingkan dgn warna pada set cawannya...
nampak tak black dot tu? Tak kisahlah kalau dia ada mole pun..janji comel
taaaddaaaa....! nah itulah hasilnya kan.. Seronok sangat, tambahan lagi dgn harga yg berbaloi. Terus selamat kubawa pulang bersama anak-anaknya. Biasalahkan walaupun saya ni tak mengumpul sangat PML tapi bila dapat set-set yang murah sangat dan cantik sayang pula nak jual balik, so layankan sajalah ya...sementara blog ok sekejap hari ni setelah dah berhari-hari dia demam kan..:)


No comments:

Post a Comment

Thanks for visiting LC, Please leave your comments/feedback here :)

There was an error in this gadget
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...